Thursday 16 April 2009

Nasi Lemak Daun Pandan bersama sambal dan Rendang Ayam




Apa kabar semua… ya.. sudah tentu semua orang menanti menu Warong Pak Tam untuk minggu ini setelah kedai ditutup minggu lepas.

Kami akan menyediakan menu istimewa iaitu Nasi Lemak Daun Pandan bersama sambal dan Rendang Ayam… Wah sungguh enak bunyinya. Bayangkan Haruman daun pandan ketika anda membuka bekas nasi itu, diselangi dengan keenakan rasa rending.. Uh… tidak terungkap dengan kata-kata.. Tak sabar nak makan rasanya. Apa lagi, segeralah membuat tempahan.

Harga kami tetap istimewa tetap murah.. Cuma GBP 2.50 sahaja untuk sebungkus.

Apa yang akan anda dapat dengan bayaran itu ialah Nasi Lamak Pandan + Sambal + Rendang Ayam + timun + kacang+telur rebus.

Mari2 tempah. Jangan tunggu takut nanti terlupa.

seperti biasa, untuk tempahan, hubungi :
tngku ahmad 07 515 423 162
huzaifah/jai 07 894 533 657

Saturday 4 April 2009

Nasi Minyak Special minggu lepas

Minggu lepas, warong paktam hidangkan Nasi Minyak Special. Lihatlah gambar-gambar nasi minyak yang telah dijual kepada pelanggan.



Sungguh meriah sungguh mengiurkan. InsyaAllah semua tertunggu menu untuk minggu depan betul??

Nantikan Warong Paktam di minggu hadapan dengan menu yang lebih terangkat !!!!

Tuesday 31 March 2009

NASI MINYAK SPECIAL PAKTAM




Pasti anda semua tertanya-tanya apakah menu Paktam minggu ini? Nasi lemak lagi ker? Nasi beriyani? Salah sangkaan anda semua.

Anda semua sudah lama tidak pergi kenduri? Rindu makan nasi minyak macam kat kenduri?? Dengan ini, bersama perasaan girangnya Warong Paktam memperkenalkan

NASI MINYAK PAKTAM SPECIAL...

Gerenti syok, terangkat sampai tak ingat.

Harga?? Murah saja... GBP 2.50. Dengan harga yang murah ini anda akan dapat sebungkus nasi minyak bersama ayam masak merah dan acar timun istimewa.

Anda teruja? Ambil telefon kontek terus laa.. Jangan tanguh2. Nanti terlupa pula, kelak tengok orang lain makan meleleh pulak air liur tu.

Yey

Mari oder. mari cik abang mai cik akak mai cik adik


Seperti biasa, kalau anda order 4 dan ke atas,kami akan hantar kerumah anda. YOSSSHH....

Untuk Tempahan Sila Hubungi :

Jai : 07894 533 657
Tngku Ahmad : 07515 423 162

Monday 23 March 2009

Nasi Briyani Ayam Madu nyam nyam




Ya!!!! makanan nusantara istimewa datang lagi......Anda postgrad??? anda undergrad??? anda bekerja....and bercuti...takde kelas, banyak assignment....malas masak....nak rasa makanan yang berbeza....jemu dengan maggi....apapun alasan anda....jangan tunggu lagi....

Menu minggu ini ialah nasi briyani dengan lauk ayam masak madu bersama kuah (pekat dan likat). Sedapp!!!!....Murah!!!! dan dijamin halal!!!!

Jika anda tak percaya......sila lihat betul-betul....

Harga yang kami tawarkan sangat murah jika dibandingkan dengan pesaing kami Taj Tandoori.

Harga kami = GBP2.50

Taj Tandoori = GBP5.50

Murah bukannnn!!!! dan sedap.....

Selain itu, kami turut menawarkan karipap inti ayam kentang dari tukang masak yang well establish di Southampton dengan harga yang berpatutan iaitu GBP 1.00 untuk 6 ketul karipap. Sesuai untuk dimakan bila-bila masa ....sarapan pagi...minum petang....atau untuk supper....pilihan anda

Khidmat Penghantaran disediakan untuk sesiapa yang menempah 4 bungkus dan ke atas dan jarak rumah tidak melebihi 3 miles dari universiti...

Jika anda berminat atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di nombor yang tertera di bawah.

07515423162 (tngku ahmad)
07894533657 (huzaifah/jai)

"Ingat makanan tempatan....ingat warong PakTam"



Tuesday 17 March 2009

Pakat MAKAN Nasi Lemak Jumaat ni JOM!!!



N A S I L E M A K S P E C I A L ! ! !

ayam goreng + kacang + telur + sambal ikan bilis

GBP 2.50 only !!

tempahan dibuka SEKARANG.

untuk tempahan, contact : 07515423162 (tgku ahmad) atau 07894533657 (huzaifah/jai)

tempahan dibuka sehingga hari khamis (19 Mac 2009) jam 10 malam dan tempahan boleh diambil selepas solat jumaat keesokan harinya di surau universiti.

permulaan...

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Harapan agar semua sihat2 sahaja.Warong Pak Tam ini merupakan detik permulaan sebuah cita2 untuk merealisasikan impian untuk memartabatkan masakan2 Malaysia seantero dunia! hebat bukan?! hehe. Tujuan blog ini adalah untuk mempromosikan masakan2 juadah2 hidangan2 istimewa yang kami sediakan untuk anda semua! khususnya di Southampton ini. sebagai permulaan, kami sediakan NASI LEMAK SPECIAL! bagi semua yang berminat. TEMPAH SEKARANG!!!!